Saturday, 30 June 2012

RIBA & ISU KEWANGAN SEMASA


Riba & Isu Kewangan Semasa


Umum telah pun mengetahui bahawa agama Islam amat tegas dalam amalan riba – iaitu amalan yang keji dan tergolong dalam salah satu dosa besar.
Dari segi bahasa sendiri digambarkan bahawa riba membawa maksud tambahan atau kenaikan, dan diperjelaskan dalam istilah riba iaitu bunga berganda yang membebankan. Riba muncul dan bermaharajalela sejak zaman jahiliah lagi, yang mana ia jelas menunjukkan penindasan terhadap orang yang berharap dan orang yang miskin. Istilahnya – ‘membantu kemudian membunuh’. Apabila Islam muncul, riba dikeji dan diperangi habis-habisan. Amalan riba diharamkan kerana tiada keadilan kepada orang yang memerlukan dan perlakuan riba itu adalah perbuatan zalim yang melampau. Kini pada akhir zaman, riba muncul semula tetapi dalam situasi yang ‘berhemah’ dengan simbolnya – ‘mengikut kemampuan semasa’

Penulis : Ustaz Zaharuddin Abd Rahman
Kod Katalog TBBK 1160
Kod ISBN 978-967-5102-90-5
Harga 
: Semenanjung M'sia - RM20.00
: Sabah / S'wak: RM22.00

INDAHNYA AMALAN DOA




Buku ini diterbitkan sebagai susulan kepada buku Dato' sebelum ini iaitu “Indahnya Hidup Bersyariat” yang telah mendapat sambutan di luar dugaan daripada pembaca khasnya dan seluruh umat Islam amnya.
Doa adalah antara ajaran Islam yang terpenting yang menjadi tunjang atau tulang belakang kepada ajaran akidah Islamiah kerana rapatnya hubungan doa dengan kekuasaan Allah SWT, Tuhan yang menjadikan dan mentadbir alam ini. Doa boleh mengubah persepsi hidup seorang insan daripada seorang yang lemah serta tidak berdaya maju menjadi seorang yang bermotivasi tinggi dan bekerja keras. Malah sebahagian daripada kejayaan yang dicapai oleh orang bukan Islam adalah daripada pegangan dan keyakinan doa yang mereka panjatkan kepada “Tuhan” mereka walaupun pada hakikatnya Allah SWT jua yang menyempurnakan permintaan dan hajat mereka itu.
Penulis : Dato' Ismail Kamus
Kod Katalog TBBK 1133
Kod ISBN 978-967-5102-66-0
Harga 
: Semenanjung M'sia - RM35.00
: Sabah / S'wak: RM37.00

SENJATA MUKMIN




Buku ini perlu dimiliki oleh setiap umat Islam kerana ia menghimpunkan amalan penting dalam kehidupan seharian.
Sebagai orang Ajam di Nusantara ini, bahasa Arab bukan menjadi bahasa ibunda kita. Maka teks amalan perlu dibaca dan dibuat rujukan dari masa ke semasa dalam proses menghafal dan dijadikan penghayatan hidup. Antara isi kandungan buku ini ialah seperti
• Doa dalam majlis rasmi. • Doa amalan harian. • Fadilat ayat-ayat tertentu dalam al-Quran. • Doa daripada al-Quran dan hadis Nabi SAW. • Doa selepas solat. • Amalan rawatan perubatan Islam. • Himpunan selawat Nabi. • Zikir pagi dan petang. • Zikir Munajat. • Asmaul Husna. • Teks nazam berzanji dan alunan selawat. • Surah-surah pilihan dan lain-lain

Penulis : Ustaz Haji Muhidir Haji Tamjis
Kod Katalog TBBK 1159
Kod ISBN 978-967-5102-89-9
Harga 
: Semenanjung M'sia - RM50.00
: Sabah / S'wak: RM55.00

Sunday, 24 June 2012

PENYUCIAN JIWA


MRBK1038 Penyucian Jiwa
Zuridan Mohd Daud
Harga RM18.00


“Dan jiwa serta penyempurnaannya (ciptaannya), maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasiqan dan ketakwaannya. Sesungguhnya beruntunglah orang yang menyucikan jiwa itu dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya.”
{Surah as-Syam~7-10}

Tahukah kita bahawa semua kemelut yang melanda kehidupan manusia hari ini bukannya berpunca dari tiada ilmu atau tiadanya wang? Hari ini semakin ramai orang berilmu dan semakin ramai pula orang yang kaya dan berharta. Jika kita renungkan, ia sebenarnya berpunca dari jiwa yang kosong. Kekosongan jiwalah yang menjadi punca manusia hilang pertimbangan diri, kerunsingan, keresahan dan keserabutan fikiran.
Natijahnya, hilanglah rasa malu bila melakukan kejahatan dan kemaksiatan. Sebenarnya apa yang berlaku kini adalah pengulangan dengan apa yang telah berlaku di dalam sejarah tamadun manusia. Punca yang sama, apabila jiwa kosong maka tiadalah iman. Apabila tiada iman maka akan berleluasalah segala keruntuhan nilai dan akhlak. Oleh itu, Allah SWT telah membekalkan manusia dengan panduan agar dapat memimpin ke arah menyucikan kembali jiwa dan membentuk tingkah laku yang baik. Untuk itu buku ini ditulis sebagai satu usaha kerdil dalam memberi sumbangan mengemukakan panduan ke arah menyucikan jiwa manusia berpandukan al-Quran dan As-Sunnah. Jiwa yang suci akan menjadi aset yang menyumbang kepada kebaikan di dalam kehidupan manusia di dunia ini.

MUTIARA SOLAT


MRBK1067 Mutiara Solat
Dr Engku Ahmad Zaki Ahmad Tirmizi Taha
Harga RM16.50



Sinopsis
“...Sesungguhnya solat itu ialah satu ketetapan yang diwajibkan ke atas orang-orang yang beriman, yang tertentu waktunya.”
(an-Nisa’ : 103)

Penghayatan Ibadat Solat merupakan satu wadah terbaik sebagai benteng pertahanan dan perisai kukuh setiap Muslim daripada dicerobohi oleh anasir-anasir asing yang cuba untuk menodai kesucian Islam sejak akhir-akhir ini. Lebih-lebih lagi, senario mutakhir ini menyaksikan semakin banyak gejala sosial yang melanda masyarakat Islam, sekali gus menuntut umat Islam kembali menghayati ibadat solat sebagai perisai utama mendepani segala permasalahan hidup. Solat itu tiang agama dan kemuncak nilai ataupun etika kehidupan Muslim. Malah solat ialah satu bentuk ibadat yang penuh dengan hikmah dan falsafahnya yang tersirat.

Untuk berhubung secara terus dengan Tuhan yang Maha Esa tidak memerlukan sebarang alat komunikasi yang canggih. Memadai bagi seseorang Muslim bermunajat dan berhubung ke hadrat Allah pada bila-bila masa dan di mana juga keadaannya melalui ibadat solat. Melalui ibadat solat, jiwa dan raga seseorang Muslim berhubung secara langsung dengan Yang Maha Agung.
  Untuk tempahan dan pesanan boleh hubungi saya call/sms 013-7247811

MENCARI KETENANGAN JIWA



MRBK1037 Mencari Ketenangan Jiwa
K.H. Abdullah Gymnastiar
Harga RM18.00 


Siapa yang menolak untuk menjadi jutawan? Semua orang pasti ingin menjadi kaya. lelaki ingin kaya, perempuan ingin kaya, orang kampung ingin kaya dan orang kota pun mahu kaya. Seseorang dengan wang melimpah boleh membeli apa yang dihajatinya. Mahukan baju yang berjenama, kita boleh membelinya di kedai ternama di kota. Inginkan rumah mewah, ia boleh membeli rumah di kawasan elit yang didiami oleh orang yang berpangkat. Bagaimana dengan nasib orang miskin? Jangankan untuk membeli baju berjenama atau rumah mewah, untuk nasi bungkus saja mereka harus bekerja seharian, baru mereka boleh makan.


Tidaklah salah jika seseorang bercita-cita menjadi orang kaya. Yang salah adalah jika ada yang menyatakan bahawa kekayaan adalah kemuliaan dan kemiskinan adalah suatu kehinaan. Tapi sebenarnya, kekayaan dan kemiskinan adalah ujian Allah SWT bagi hamba-hambaNya. Ironinya, jika Allah SWT mengujinya dengan memberikan kesenangan, maka ia akan berkata bahawa Allah SWT telah memuliakannya, sedangkan jika Allah SWT mengujinya dengan membatasi rezekinya maka ia berkata,"Allah telah menghinaku!". Orang sebegitu adalah orang yang mencintai harta benda dengan kecintaan yang berlebihan.

Sebahagian orang menganggap menjadi kaya adalah mudah, sebab yang sukar adalah menjadi orang kaya yang soleh. Kalau hanya sekadar kaya, orang boleh mengumpulkan harta kekayaan dan menggunakannya dengan apa cara pun. Tapi, bagaimana caranya agar harta yang kita miliki ini bernilai barakah?

Dapatkan buku ini karya asal oleh K.H Abdullah Gymnastiar atau lebih dikenali dengan nama  Aa Gym.
 
Untuk tempahan dan pesanan boleh hubungi saya call/sms 013-7247811 
Selamat datang ke PAGE saya ini ..terima kasih kerana sudi LIKE http://www.facebook.com/pages/BUKU-BUKU-Ilmiah/333299190034704

Friday, 8 June 2012

CINTA KERANA ALLAH



Untuk membina dunia yang lebih aman, kembalilah ke rumah tangga masing-masing. Sayangi seluruh ahli keluarga kita. Insya-Allah, apabila rumah tangga telah aman, masyarakat akan aman. Apabila masyarakat aman, negeri dan seterusnya negara akan aman. Dan apabila negara-negara telah aman, seluruh dunia akan aman. Ketika dunia semakin bergolak pada saat ini, percayalah itu semua berpunca daripada pergolakan rumah tangga. Ribut dalam ‘cawan’ rumah tangga boleh mencetuskan bada ke seantero dunia. Justeru, Allah telah lama mengingatkan;” Selamatkanlah dirimu dan keluargamu daripada api Neraka.” Untuk mengukuhkan hubungan antara dua insan yang bercinta, cinta Khalik (Allah) wajib menjadi matlamatnya. Begitulah dengan perkahwinan, matlamatnya ialah mencari keredhaan Allah. Rumah tangga hakikatnya ialah gelanggang ibadah untuk meraih pahala dan Syurga.



Nama Penulis : Pahrol Mohamad Juoi
Harga: RM 30.00
Kod Produk: TBBK 1216
ISBN: 978-967-388-077-5
Saiz: 16.5cm X 24cm
Cetakan: 2 Warna
Mukasurat: 328 ms
Tarikh produk berada di pasaran: April 2012


Monday, 4 June 2012

ISLAM UNTUK SEMUA




PENULIS: Faisal Abdurrahman
ISBN: 978-967-0392-10-3
Harga RM18.00


kenapa perlu memeluk Islam sedangkan agama lain juga mengajarkan kebaikan?
Bukankah ini maknanya Islam tidak mengiktiraf agama lain?
Sehingga non-muslim digelar kafir, sedangkan mereka juga mempunyai agama. Ramai yang mengatakan tiada paksaan untuk memeluk Islam tetapi kenapa apabila bukan Muslim ingin berkahwin dengan Muslim perlu memeluk Islam? Bukankah ini satu pemaksaan?
Kerapkali Muslim berkata Islam adalah agama yang mudah tetapi kenapa banyak pantang larang di dalamnya? Bukankah pantang larang tersebut akan menyusahkan mereka?
Ada banyak persoalan berlegar di fikiran Muslim dan non-Muslim. Moga naskah ini dapat memberi jawapan kepada persoalan-persoalan tersebut berlandaskan dalil al-Quran, hadis dan logik akal.

Berminat untuk dapatkan buku ini sila call /sms 013-7247811 atau melalui FB saya http://www.facebook.com/zakojbmozma