Saturday 24 August 2013

SEMUANYA SOAL HATI




Kebahagiaan ini apabila memiliki hati yang tenang dalam menghadapi apa jua ujian dalam kehidupan. Inilah erti bahagia yang sebenar selaras petunjuk Allah dalam al-Quran. Firman Allah, bermaksud: “Ketahuilah dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang.” (Surah ar-Ra’du: 28). Rasulullah SAW bersabda lagi yang bermaksud: “Bukanlah kekayaan itu dengan banyaknya harta benda tetapi kekayaan itu sebenarnya ialah kaya hati.” (Riwayat Bukhari dan Muslim). Kaya hati bermaksud hati yang tenang, lapang dan berasa cukup dengan apa yang dimiliki – bersyukur dengan apa yang ada, sabar dengan apa yang tiada. Oleh sebab itu, hati perlu dibersihkan serta dipulihara dan dipelihara “kesihatannya” agar lahir sifat-sifat mahmudah seperti amanah, sabar, syukur, qanaah, redha, pemaaf dan dijaga daripada penyakit-penyakitnya seperti takbur, hasad, takut mati, bakhil dan sebagainya. Kemuncak kebahagiaan adalah apabila hati seseorang mampu mendorongnya melakukan kebaikan dan menghindari kejahatan dan larangan yang ditentukan oleh Islam dengan mudah dan secara “auto pilot”. Yakni tanpa mujahadah dan bersusah payah serta perlu difikir-fikirkan lagi. Dan kata Imam al-Ghazali, “Inilah hakikat akhlak mulia.” Sesungguhnya, itulah inti pati mesej buku “Semuanya Soal Hati” ini!

Nama Penulis : Pahrol Mohammad Juoi

Harga: RM 36.00

Kod Produk: TBBK 1142

ISBN: 978-967-388-132-1 

Saiz: 16.5 cm X 24 cm

Mukasurat: 464 ms

Tarikh produk berada di pasaran: Julai 2013

Wednesday 10 October 2012

Al-Quran al-Karim dengan Panduan Waqaf dan Ibtida'

Al-Quran al-Karim dengan Panduan Waqaf dan Ibtida'






Al-Quran al-Karim dengan Panduan Waqaf dan Ibtida' merupakan satu panduan waqaf (memberhentikan bacaan) dan ibtida' (memulakan bacaan) yang pertama di Malaysia dan yang pertama seumpamanya di dunia

Keistimewaan naskah al-Quran ini adalah menggunakan warna yang jelas dan menarik bagi memudahkan pembaca memberhentikan bacaan dan memulakan semula bacaan dengan tepat dan sempurna.
Dapatkan naskah al-Quran ini hari ini juga bagi membantu anda dalam membaca ayat-ayat al-Quran dengan baik terutamanya dalam menentukan di mana hendak berhenti... dan di mana hendak dimulakan kembali. InsyaAllah.

Harga RM75.00 ..Untuk Pesanan boleh hubungi saya - 013-7247811...Rakan niaga juga diperlukan



Friday 13 July 2012

ENSIKLOPEDIA BIDAAH


Keistimewaan Kandungan Ensiklopedia Bidaah :
1. Maklumat, Ilmu dan Perbahasan berkaitan bidaah
2.Maklumat yang disampaikan dalam bentuk multidisiplin seperti mazhab,syariah,sejarah, falsafah, khilafiah, dan sebagainya.
3.Setiap tajuk mengandungi jadual , foto, grafik, dan carta yang relevan.
4.Pendekatan moden yang mesra pembaca.
5.Fakta autentik berdasarkan rujukan kitab kitab muktabar.
6.Dwibahasa yang membolehkan pembaca membuat rujukan kitab asal.
7.Isi yang padat, huraian mudah serta susunan dan teknik grafik yang menarik.
7.Perbahasan dan rujukan universal.
8.Huraian yang bersifat komprehensif yang merangkumi pelbagai aspek.

PSN1002 Ensiklopedia Bidaah
RM 100

Tuesday 10 July 2012

ENSIKLOPEDIA BIDAAN

Keistimewaan Kandungan Ensiklopedia Bidaah : 

1. Maklumat, Ilmu dan Perbahasan berkaitan bidaah
2.Maklumat yang disampaikan dalam bentuk multidisiplin seperti mazhab,syariah,sejarah, falsafah, khilafiah, dan sebagainya.
3.Setiap tajuk mengandungi jadual , foto, grafik, dan carta yang relevan.
4.Pendekatan moden yang mesra pembaca.
5.Fakta autentik berdasarkan rujukan kitab kitab muktabar.
6.Dwibahasa yang membolehkan pembaca membuat rujukan kitab asal.
7.Isi yang padat, huraian mudah serta susunan dan teknik grafik yang menarik.
7.Perbahasan dan rujukan universal.
8.Huraian yang bersifat komprehensif yang merangkumi pelbagai aspek.

PSN1002 Ensiklopedia Bidaah
RM 100

Wednesday 4 July 2012

INDAHNYA HIDUP BERSYARIAT



Isi buku INDAHNYA HIDUP BERSYARIAT ini merupakan panduan untuk diri sendiri (fardu ain), seisi keluarga, masyarakat dan umat sejagat (fardu kifayah).
Ia merangkumi syariat ketika kelahiran, fardu ain kanak-kanak, penekanan pendidikan remaja, hukum-hakam muamalat (jual beli), munakahat (nikah kahwin dan rumah tangga) serta amalan zikir, doa dan adab. Semua ilmu bersumberkan al-Quran dan hadis sahih. Teknik penyampaian buku ini ringkas dan tepat dalam bentuk carta, jadual dan rajah.
Penulis 
Dato' Ismail Kamus
: Mohd Azrul Azlen Ab. Hamid
Kod Katalog TBBK 1097
Kod ISBN 978-983-5102-30-1
Harga 
: Semenanjung M'sia - RM55.00
: Sabah / S'wak - RM57.00

BUAT WANITA DIARI HAMIL




 Buku (idea asal oleh Kamaruddin Mamat) ini merupakan panduan lengkap kepada bakal ibu. Mendedahkan perkembangan semasa bayi serta ibu sepanjang kehamilan.

- Panduan berguna bagi melancarkan aktiviti ibu semasa hamil dan menyediakan diri selepas proses bersalin.
- Turut memuatkan tip-tip yang berguna kepada suami dan bakal bapa untuk kesejahteraan isteri dan bayi.
- Mendedahkan panduan dan amalan yang sewajarnya sebagai seorang Muslim. ‘Checklist’, catatan ibu, memo ibu, ruang–ruang meletakkan gambar ultrasound bayi anda dan lain-lain lagi.
- Dijadikan hadiah buat bayi yang bakal lahir supaya apabila telah dewasa si dia juga dapat menghayati saat-saat manis dan pahit ibu mengandungkannya.
- Hadiah kepada isteri tersayang. - Khazanah kenangan paling berharga buat seisi keluarga yang boleh disimpan sebagai koleksi peribadi.
Penulis 
1. Khairun Nisak Zakaria
2. Muhd Mawardi Zakaria
3. Khulwana Hanapi
Kod KatalogTBBK 1169
Kod ISBN 978-967-388-010-2
Harga 
: Semenanjung M'sia - RM26.00
: Sabah / S'wak: RM28.00

Amalan-Amalan Sunat Di Bulan Syaaban


Amalan-Amalan Sunat Di Bulan Syaaban

Tarikh: 
 Aug 07, 2009
Riwayat: 
 (al-Bukhari)
Kategori: 
 Ibadah

Hadith: 
Dari Aisyah r.a katanya:Rasulullah SAW sering berpuasa sehingga kami mengira bahawa baginda akan berpuasa seterusnya. Dan baginda sering berbuka sehingga kami mengira beliau akan berbuka terus. Dan aku tidak pernah melihat baginda berpuasa terus sebulan penuh kecuali pada bulan Ramadhan. Dan aku juga tidak pernah melihat baginda berpuasa sunat dalam sebulan yang lebih banyak daripada puasanya di bulan Syaaban.
Huraian Hadith: 
1. Syaaban ertinya berpecah atau bercerai-berai. Ia dinamakan demikian kerana orang-orang Arab pada bulan tersebut akan berhijrah ke mana-mana tempat untuk mencari air sehingga ke gua-gua dan sebagainya. Pendapat lain pula mengatakan, sebab diertikan demikian adalah sebagai tanda pemisah iaitu memisahkan di antara bulan Rejab dan Ramadhan.
2. Dari berbagai keterangan ini, yang dapat disimpulkan bagi pengertian bulan Syaaban itu ialah bulan Syaaban adalah masa untuk manusia berebut-rebut mengejar kebajikan sebanyak mungkin sebagai latihan dan persediaan untuk memasuki bulan Ramadhan
3. Sebahagian ahli hikmah menyatakan bahawa sesungguhnya bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa, bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam celaan dan pada bulan Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa.
4. Di antara amalan-amalan yang digalakkan pada bulan Syaaban adalah :
i. Memperbanyakkan puasa sunat. Di dalam kitab Durratun Nasihin ada menyebut sebuah hadis yang menyatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : "Sesiapa yang berpuasa tiga hari pada permulaan Syaaban dan tiga hari pada pertengahan Syaaban dan tiga hari pada akhir Syaaban, maka Allah mencatat untuknya pahala seperti pahala tujuh puluh nabi dan seperti orang-orang yang beribadat kepada Allah Taala selama tujuh puluh tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid."
ii. Memperbanyak doa, zikir dan membaca selawat kepada Rasulullah SAW. Sabda Rasulullah SAW : "Sesiapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertaqwa kepada Allah, taat kepada-Nya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah Taala mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu dari segala macam bencana dan penyakit." (Dipetik dari kitab Zubdatul Wa'izhin)
iii. Bertaubat
iv. Meraikan malam 15 Syaaban atau lebih dikenali sebagai malam Nisfu Syaaban di mana sunat ia dihidupkan dengan membaca zikir dan Al Quran kerana malam tersebut adalah malam yang amat mustajab dan penuh rahmat.