Sunday 24 June 2012

MENCARI KETENANGAN JIWA



MRBK1037 Mencari Ketenangan Jiwa
K.H. Abdullah Gymnastiar
Harga RM18.00 


Siapa yang menolak untuk menjadi jutawan? Semua orang pasti ingin menjadi kaya. lelaki ingin kaya, perempuan ingin kaya, orang kampung ingin kaya dan orang kota pun mahu kaya. Seseorang dengan wang melimpah boleh membeli apa yang dihajatinya. Mahukan baju yang berjenama, kita boleh membelinya di kedai ternama di kota. Inginkan rumah mewah, ia boleh membeli rumah di kawasan elit yang didiami oleh orang yang berpangkat. Bagaimana dengan nasib orang miskin? Jangankan untuk membeli baju berjenama atau rumah mewah, untuk nasi bungkus saja mereka harus bekerja seharian, baru mereka boleh makan.


Tidaklah salah jika seseorang bercita-cita menjadi orang kaya. Yang salah adalah jika ada yang menyatakan bahawa kekayaan adalah kemuliaan dan kemiskinan adalah suatu kehinaan. Tapi sebenarnya, kekayaan dan kemiskinan adalah ujian Allah SWT bagi hamba-hambaNya. Ironinya, jika Allah SWT mengujinya dengan memberikan kesenangan, maka ia akan berkata bahawa Allah SWT telah memuliakannya, sedangkan jika Allah SWT mengujinya dengan membatasi rezekinya maka ia berkata,"Allah telah menghinaku!". Orang sebegitu adalah orang yang mencintai harta benda dengan kecintaan yang berlebihan.

Sebahagian orang menganggap menjadi kaya adalah mudah, sebab yang sukar adalah menjadi orang kaya yang soleh. Kalau hanya sekadar kaya, orang boleh mengumpulkan harta kekayaan dan menggunakannya dengan apa cara pun. Tapi, bagaimana caranya agar harta yang kita miliki ini bernilai barakah?

Dapatkan buku ini karya asal oleh K.H Abdullah Gymnastiar atau lebih dikenali dengan nama  Aa Gym.
 
Untuk tempahan dan pesanan boleh hubungi saya call/sms 013-7247811 
Selamat datang ke PAGE saya ini ..terima kasih kerana sudi LIKE http://www.facebook.com/pages/BUKU-BUKU-Ilmiah/333299190034704

No comments:

Post a Comment