Wednesday 11 April 2012

BUKU - KEINDAHAN ISLAM


Kitab Mahasin Al-Islam” (Keindahan Islam) ini adalah hasil koleksi tulisan daripada beberapa orang pensyarah Universiti Islam Madinah (UIM). Ia kemudiannya diterjemahkan kepada pelbagai bahasa di bawah projek yang dikelolakan oleh Jabatan Kajian Ilmiah UIM. Saya diberi tanggungjawab untuk menterjemahkannya ke dalam bahasa Melayu, serta beberapa buah buku lain sepanjang menjadi mahasiswa di UIM. Setelah melalui beberapa halangan dari segi masa dan teknikal, akhirnya alhamdulillah dengan taufik, hidayah, dan inayat Allah SWT, kitab yang indah dan penuh manfaat ini berjaya juga disiapkan. Kitab ini menerangkan tentang keindahan syariat Islam dalam seluruh perintah dan larangannya:
• Keimanan
• Ibadat
• Kekeluargaan
• Muamalat
• Jenayah
• Hubungan antara rakyat dengan pemerintah
• Akhlak yang mulia
Selain menjelaskan perintah dan larangan tersebut, ia juga menceritakan faedah-faedah, hikmah-hikmah, maslahat-maslahat, dan terdapat pelbagai manfaat kepada manusia di sebalik pensyariatan-Nya.
Penulis
: Dr. Abdul Basit Abdul Rahman
Kod Katalog
: TBBK 1205
Kod ISBN
: 978-967-388-052-2
Harga
: RM 36.00
berminat boleh order dengan saya 013-7247811

No comments:

Post a Comment