Wednesday 18 April 2012

MAJALAH BULANAN - SOLUSI,GEN Q, AL-USTAZ



Bahan bacaan dan rujukan yang MESTI ADA di rumah anda!.




MAJALAH SOLUSI

Majalah Solusi adalah majalah islamik yang membincangkan setiap bulan isu-isu berkaitan Tauhid, Fiqah, Muamalat, Kekeluargaan, Isu Remaja, Tafsir Al-Quran,Hadis,mahmudah,tasawuf,soal jawap solat,muamalat,syariah,munakahat,faraid dan banyak lagi.




MAJALAH AL-USTAZ

CABARAN
Kita sentiasa terpedaya dengan dunia. Umur semakin meningkat, salah silap sudah lagi tidak tersukat, sedangkan kiamat semakin dekat. Jika ilmu tidak ada, bagaimana amal akhirat hendak dibuat? Masa yang ada masihkah sempat?

JALAN KELUAR
Majalah Al-Ustaz mucul sebagai cahaya menerangi hati. Ia adalah majalah agama yang berkonsepkan soal-jawab yang merangkumi pelbagai subjek aqidah, fiqah, tajwid, kekeluargaan, dakwah, kewanitaan, remaja, hadith, muamalat, tasawuf, politik, dan sebagainya.
Sebuah bingkisan bulanan yang MESTI anda miliki, kerana setiap persoalan dan kemusykilan anda bakal dirungkai dan dijelaskan oleh pakar-pakar Fiqah dari dalam dan luar negara.



MAJALAH GEN Q



Generasi al-Quran Kreatif


“Jika ditanya kepadaku tentang alam remaja, nescaya aku akan berkata: tiada kehidupan yang lebih singkat daripada menerima ilmu yang luas.”


(Ibnu Sina, ilmuwan Muslim)

Dengan kesedaran itu, Generasi al-Quran Kreatif – Gen-Q dibentuk untuk memulangkan dan menjawab penentangan musuh Islam yang menyelusup secara senyap ke jiwa remaja Islam. Penentangan total semestinya dilakukan tanpa menanti keajaiban yang akan datang di kemudian hari. Tiada istilah berlengah-lengah dalam kehidupan ini bagi orang yang inginkan kejayaan.

Dengan itu juga, Gen-Q meletak batu asas untuk membawa remaja atau generasi kini agar sentiasa mengingati bahawa Islam itu benar dan al-Quran itu sebagai petunjuk jalan ke arah ketakwaan kepada Allah s.w.t. Motif kehadiran Gen-Q adalah untuk membimbing remaja bersama-sama menjadikan Islam sebagai jalan hidup dan menjadikan komuniti ini sebagai manual remaja bertakwa.

Sebagai titik permulaan, Gen-Q diterbitkan dalam bentuk majalah untuk membawa dan membimbing jiwa-jiwa muda yang bakal menjadi pemimpin di masa hadapan agar istiqamah di landasan Islam. Dengan tawaduk, beberapa penulis dengan sebulat hatinya menawarkan diri untuk menyampaikan ilmu dan tazkirah juga teks santai sebagai alternatif kepada bahan pembacaan terkini.


Apa yang menarik dalam majalah Gen-Q?

Terbitan majalah terkini dan berkualiti daripada Telaga Biru Sdn Bhd dan diedarkan secara ekskluisif oleh Stormreaders Network Sdn Bhd ini meletakkan seratus peratus jalan Islam di dalam majalah Gen-Q. Kolumnis-kolumnisnya mempunyai latar belakang pendidikan Islam yang kuat dan mempunyai keazaman untuk membimbing generasi kini ke arah keredaan-Nya.

Antara yang menarik – Hikmatun Balighah, kolum yang mendekatkan diri generasi baru dengan al-Quran yang disertai tafsir mudah dan padat. Taman Hadis, kolum untuk memahami isi sesuatu hadis Rasulullah s.a.w. Novel Bersiri, sudut penulisan sastera yang Islamik. Uswah, kolum pelajar cemerlang yang menuntut di luar negara. Tanyalah Cikgu dan Tanyalah Ustaz, soal-jawab tentang psikologi pelajar dan juga kekeliruan dalam bab agama.

Al-Quran dan Sains, kolum tentang rahsia sains yang terkandung dalam al-Quran. Salafus Soleh, kisah sahabat yang boleh dijadikan teladan dalam mengharungi kehidupan seharian. Tip-tip, doa-doa, pengetahuan am, fiqah, amalan harian, tazkirah, motivasi dan pelbagai rencah dan rempah ratus yang mengisi ruang dalam majalah Gen-Q yang menjadikannya sebagai penyebab untuk pembaca memilikinya.

Selain itu, majalah Islamik ini digarap dengan foto serta ilustrasi yang amat menarik, sesuai untuk pembaca memahami sesuatu isu yang diketengahkan. Juga, disusuli penulisan satira dan kartun yang menggeletek hati tetapi mempunyai pengajaran dan manfaat daripadanya. Persembahan reka bentuknya pula menepati cita rasa kini.


Menjadi pelopor kepada majalah remaja Islamik


Sememangnya hajat penerbit yang mahukan dakwah menjadi teras kepada setiap apa yang diterbitkan, maka lahirnya majalah Gen-Q mengisi salah satu ruang yang masih kosong dalam bidang penerbitan majalah, iaitu pengisian Islami ke dalam jiwa remaja dan generasi baru.

Tidak boleh berkata tidak, setiap remaja yang dilahirkan Islam wajib istiqamah dalam pegangannya. Peranan ibu bapa dan pendidik pula adalah memastikan anak tanggungannya sentiasa mengikut rapat dalam lingkungan syariat Islam. Penerbitan majalah Gen-Q ini, dengan izin Allah, sebagai sekelumit bantuan kepada merealisasikan tanggungjawab ibu bapa dan pendidik itu untuk menjadikan mereka cemerlang di dunia dan akhirat.

Semoga hasil usaha team majalah Telaga Biru Sdn Bhd dan dibantu secara khusus oleh Stormreaders Sdn Bhd ini akan menjadi manual kepada kehidupan remaja dalam mengharungi kehidupan ke arah ketakwaan. Amin.


Membina Generasi al-Quran Kreatif


Di samping permulaan yang baik, komuniti Gen-Q mengharapkan kerjasama semua agar sama-sama membawa kemanisan Islam ke dalam hati generarasi kini yang amat memerlukan pembimbing. Gen-Q tidak akan membiarkan mereka terawang-awang tanpa tali sebagai pemandu.

Kesudahannya, insya-Allah, setiap niat yang baik akan disusuli dengan perbuatan yang baik. Ayuh, kita bergerak bersama!




Ciri-ciri GenQ

1. Bicara daripada Quran dan Hadis yang diselaraskan dengan tuntutan zaman,
2. Bersaiz kecil senang dibawa
3. Dikemukakan dalam bahasa santai
4. Penuh dengan persoalan dan jawapan
5. Menunjukkan arah karier dengan uswah-uswah yang telah berjaya di kalangan Doktor perubatan, Doktor gigi, juruterbang, akauntan yang berminda Islamik
6. Penuh dengan hikmah, petua, doa dan bimbingan berserta pengajaran,
7. berwarna warni dengan kertas berkualiti
8.I su-isu semasa untuk remaja seperti cinta dan petua untuk cemerlang


BERMINAT UNTUK DAPATKAN MAJALAH INI DAN INGIN MENJADI PENGEDAR SILA PM INBOX SAYA ..013-7247811


sudahkah anda memilikinya ?..jgn ketinggalan memiliki keluaran setiap bulan demi mencorak jati diri dan membentuk ketakwaan anak remaja kita....bersama membimbing generasi baru melangkah ke arah ketakwaan....dapatkan majalah bulanan solusi dna gen q terus ke rumah anda hubungi saya 013-7247811

No comments:

Post a Comment